Profil Sekolah

Kedudukan SK. Pos Musoh adalah terletak di salah sebuah bukit di Banjaran Titiwangsa, iaitu di satu kawsan pedalaman yang dihuni oleh penduduk orang Asli dari suku kaum ‘Semai’.
Sekolah ini terletak di suatu kawasan lapang dan di lereng bukit yang boleh dihubungi hanya melalui dua cara :

 Melalui jalan darat dengan bermotosikal, jeep atau dengan menggunakan hilux,
 Melalui jalan udara dengan helikopter

Untuk sampai ke sana dengan melalui jalan darat, bermula dari Bandar Tapah ke Jalan Pahang iaitu jalan ke Cameron Highland. Jarak dari Tapah ke Batu 8 adalah sejauh 14km.
Tiba di batu 8, di sebelah kanan jalan terdapat satu Papan Tanda bertulis SK Pos Musoh.
Bermula dari simpang ini ke SK. Pos Musoh adalah 25km, iaitu keadaan jalan ‘bertar’ seadanya sejauh 19km. Dan jalan tanah merah yang tidak rata dan lekuk-lekuk serta berbukit sejauh 6km.